PROJEK ANAK MALAYSIA
Nama : Nurul Anis Elliyana
Hobi boleh ditakrifkan sebagai perkara yang dilakukan ketika waktu senggang. Hobi kabanyakan individu mempunyai hobi yang berbeza mengikut minat masing-masing. Sebagai contoh,antara hobi saya ialah berenang manakala hobi ahli keluarga saya yang lain adalah bermain alat muzik, berkebun dan sebagainya. Justeru, kecenderungan seseorang terhadap minatnya secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap metabolisme dalam diri serta dapat mengawal emosi.
Berenang merupakan salah satu hobi yang saya minati sejak saya kecil lagi. Kedua ibu bapa saya menghantar saya dan adik beradik saya ke kelas berenang yang terletak di Consist Centre dan Stadium Renang Cheras. Saya diajar pelbagai gaya berenang seperti kuak dada, gaya bebas dan gaya rama-rama. Pada mulanya, saya berasa gementar untuk berenang di dalam kolam yang sedalam lima meter. Tetapi, saya dapat mengatasi perasaan takut itu dengan melakukan cara berenang yang diajar oleh Cikgu Nizam dan Miss J.
Seterusnya, memasak juga merupakan salah satu perkara yang gemar saya lakukan ketika mempunyai masa terluang. Saya membantu nenek saya memasak hidangan untuk keluarga. Antara masakan yang pernah saya sediakan adalah sambal sotong,ayam masak kicap dan kari ayam. Saya mempelajari cara memasak dan menghafal resepi dengan menolong dan memerhatikan gerak geri nenek saya.
Selain itu, saya juga meminati buku tentang alam semesta yang dibeli oleh ayah dan ibu di kedai buku. Keindahan planet -planet telah menarik minat saya untuk mengetahui serba sedikit tentang ilmu astronomi. Tidak ketinggalan juga hobi saya iaitu membaca novel dan surat khabar untuk menambahkan ilmu pengetahuan supaya dapat digunakan untuk membuat karangan.
Di samping itu, berkebun juga merupakan perkara yang saya gemar lakukan bersama ahli keluarga pada hujung minggu. Kelebihan menanam pokok-pokok hijau di kawasan rumah dapat membantu memperbaiki udara dengan menghasilkan udara yang segar. Antara pokok yang terdapat di perkarangan rumah saya adalah pokok rambutan, pokok kelapa, pokok bunga kertas, pokok lidah buaya dan sebagainya. Kelebihan menanam pokok buah-buahan adalah dapat menjimatkan duit daripada membeli buah-buahan yang dijual.
Konklusinya, hobi dapat menenangkan fikiran saya setelah bersekolah selama lima hari seminggu. Secara tidak langsung dengan melakukan hobi bersama ahli keluarga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami.
ALHAMDULILLAH
Top 10 Best Casinos in Washington State (Washington)
ReplyDeleteTop 10 Best Casinos 김포 출장안마 in Washington State. Washington 순천 출장안마 State. 2021 WVU 강릉 출장샵 News. 2021 WVU. Search results 논산 출장샵 for: 10 Best Casinos. 남양주 출장샵